Tuesday, June 30, 2009

Serabut


Lama dah aku tak update blog aku ni. Serabut la pala hotak aku ni..hari ni aku last day contract keje kat sini. Sambung ke tak tak tau citer..hangin aku bila kes2 cam ni sebab aku dah lalu benda ni 2 1/2 tahun. Kalau nak ikut, 2 minggu sebelum kontrak abih derang dah kena kuar kontrak baru untuk di sain. Kata la kalo aku tak gi keje esok, mesti yang salah tu aku gak. Tapi kalau fikir balik..napa kita sain kontrak? bukan ke supaya 2 pihak tadi akan setuju dengan syarat dan ketetapan yang ada dalam kontrak tu? So..kalau nak ikut syarat dalam kontrak aku...yang aku sain la kan...aku kena keje sampai 30 jun 2009. So...why do i have to come to work tomorrow when tomorrow is 1st July 2009??? clear???


Kalau betul la derang masih memerlukan aku kat company ni...kenapa la aku dilayan macam sampah masyarakat?? In fact..bukan aku je tau...ramai lagi rakan2 seangkatan aku yang senasib. Ada gak yang dah 3 tahun kat sini tapi masih taraf kontrak lagi dan takde pulak bau2 bunga yang mengatakan derang ni akan diserap terus. Nasib badan....



Aku dengar citer tau...ade budak yang baru masuk keje 6-7 bulan under kontrak akan diserap pemenen. Hangin tak?? Mungkin la dia bagus kan...aku kata mungkin... atau mungkin jugak dia ade cable car?? hahahaha!!! maksud aku cable dalam company ni la kan. Tapi...for wutever reasons pun...aku masih rasa ketidakadilan berlaku kat sini. Kalau la bukan sebab aku ni susah dapat keje, dah lama aku blah dah. Kalau citer pasal merajuk, dah jadi gunung dah merajuk aku tu. Tapi sebab aku fikir, ada gak duit belanja kalo aku keje, ada gak aku life kalo aku kuar bekerja, ada gak exposure untuk aku kat luar ni dari aku dok umah...so..aku tahankan hati je la..

Penah tak dengar orang kata...when we have something, we tend to let it go becoz we don't know the value of it. But when its gone...then we realise how valuable it was. Tu la yang aku takut tu. Aku boleh je benti keje ni kalo aku nak. Tapi aku selalu rasa, Allah tu maha adil dan Allah sentiasa ada sesuatu untuk hambanye...jadi...sabar je la zah... Lain la kalau tetiba aku trima berita yang kata aku tak sambung lagi kontrak ni...harus lah aku blah cepat2 kan...hehehe...

Tapi ade sorang member ni lagi aku kesian. Dia ni keje bagus, kira macam lipas kudung la kalo buat keje. Kalo bos bagi keje memang setel la. Tapi tak tau mana silapnye, bila ada interview untuk pemenen nama dia tak tersenarai langsung..sungguh tak adil!! Yang tak bestnye, tiap kali ade special project ke...ade keje tak siap ke..mesti cari dia untuk jadi balaci tukang kasi siap. Dan member aku ni mesti akan siapkan sebab ingat kalo dia keje bagus2 mesti bos akan nampak kesungguhan dia untuk jadi pemenen kat sini tapi...yang ado!!! Kira macam tak berbaloi la kederat yang dia curah kat sini dengan apa yang dia dapat setakat ni...kesian dia...

Bunyi macam emo kan bila aku story psl benda ni. Tapi trus terang cakap la kan..aku tak emo. Cuma aku rasa tak adil bila ade orang lain diberi peluang hanya kerana dia ada tok sedara, pak menakan, mak sedara, tak kira la sedara apa pun...kat sini. Kami pun ade perasaan la, ade telinga, ade mata..cukup sifat Allah bagi untuk melihat apa yang tak kena dan tak adil depan mata. Tapi tu la...kita kena back to basic la kan...mungkin belum masa kita kot....rezeki Allah masih orang lain yang punye...Mungkin aku masih perlu bersabar sikit lagi.

Astaghfirullahalazim...ampun ya allah kalau aku menidakkan ketetapanmu....

Monday, June 15, 2009

Sakit Hati


Assalamualaikum...

Lama dah tak jengah blog aku ni. Nak kata busy sangat tu tak la, tapi for some reasons, aku tak tau nak citer apa walaupun banyak yang nak aku luahkan kat sini. But in the end, aku finally made up my mind to juz let go what i feel inside so dat aku rasa lega. Sket la walaupun tak semua.


In my life kan, aku selalu dulukan orang lain dari diri sendiri. Tak kira la dalam apa hal sekalipun. Kalau masa dulu2 (time belum married la), aku selalu dulukan adik beradik n parents. Tak kira dari sekecik2 sampai sebesar2 benda. Bagi aku macam ada satu kepuasan setiap kali aku bagi laluan pada family aku untuk achieve apa yang diorang nak dan impikan no doubt la kan...aku sendiri pun ada kehendak aku. But then, aku still rasa dulukan family tu satu keutamaan dalam hidup aku. Unfortunately, aku selalu rasa apa yang aku buat tu tak dapat appreciation dari sapa2 pun. Aku bukan mintak balasan apa pun...but at least...appreciate la...walaupun satu "terima kasih". Tapi bila fikir balik, apa yang aku buat tu aku buat dengan ikhlas, aku istighfar dan menyesal sebab dah macam tak ikhlas lak bunyinya kan.

Sampai aku dah kawin pulak, ada hubby, ada anak2. Again, my sacrifices are all for my family. Again and again aku put aside kehendak aku sendiri. Aku biar orang2 disekeliling aku dapat dan achieve apa yang diorang wish for. Seboleh-bolehnya aku akan tolong (tk kira la bagi duit ke, bagi support ke), but at least i show some interest in supporting them in whatever they do. In the end.......as usual, the sad part will always be mine...

What do i get in return?....nothing. Oh yes...something...sakit hati!! Itu la yang aku dapat setelah all the sacrifices made. Tapi... orang selalu kata kan...benda baik dibalas baik. Its juz dat..so far aku belum dapat part yang "baik" tu lagi. I juz believe dat Allah is planning something good for me in future...insya Allah...

Being and knowing myself for 35 years...I will still and always be me. Family will always be the 1st in my heart and my life. Without them...i lost everything. Aku cuma berdoa semoga satu hari orang2 ni sume bukak la mata sikit dan perasan kewujudan aku yang tak besar mana ni...hahahahaa!!!

Ok la...aku dh lega dah lepas dah keluarkan sume ni...TQ for reading eh frens.... May Allah bless all of u out there.

chowchinchow!!!

Thursday, June 4, 2009

buah hati baru..



Assalamualaikum...

Hai kengkawan..korang sume ok tak? harap2 sihat la ya. Aku takde la apa sangat nak stori ari ni. cuma nak share ngan korang buah hati baru aku ni ha. Hehehe...aku ada hp baru. Takde la canggih mana pun. Beli pun 2nd hand je. Jadi la...dari takde kan...hahahaha!!

HP Nokia N95 ni aku beli kat member..Member aku jual agak murah la. Kira mampu la aku nak beli kan...Function dia ok la...takde la susah sangat nak paham. Maybe orang akan kata excited nye aku dgn fon baru ni. Untuk pengetahuan korangkan..aku ni sbnrnye kolot sket bab2 hp canggih ni. Senang citer aku tak reti sangat nak guna. tapi sebab yang ni aku survey harga dia kat market dalam RM1499 so kira berbaloi la aku beli dengan setengah harga. Aku tak abis godek lagi fon ni. Ema je yang banyak bedek2 dari pagi tadi. Aku ni dengan hp sbnrnye more to function answering and making calls or sms"ing" je. Yang lain2 tu agak lembap gak la. So...emma jadi tempat aku refer la..hik hik hik!!

Ok la guys...nanti korang bosan lak baca psl fon baru aku ni. Takpe...len kali kalo ade citer menarik lagi aku update korang eh.

Babai and wassalam...

Tuesday, June 2, 2009

BABIES MONTH

Amir Rayyan Mukhriz

Irdina Aliyah



Irdina Aliyah

Nur Adlina






Nur Adlina
Assalamualaikum sumeeeee!!!

Lama giler rasanye tak update blog ni. Bukan apa..aku tersangat la bznye. Bz menguruskan hal2 keluarga. Mana yang pakcik sakit, mana yang nak bersalin, mana yang nak bercuti sekolah, pendek kata aku dah mcm master mind pada sume lah!!

Kalo ikut tajuk ari ni pasal baby kan. Ha...ni la nak citer nih. Bulan May je kan aku dapat 3 orang anak buah baru. 2 orang baby dari kakak ipar and sorang lagi dari adik ipar. Hmm...meriah mak aku skali dapat cucu 3 orang skaligus. Actually ketiga2 orang ipar aku tu dijangka bersalin pada bulan Jun and that is 6, 8 and 11 June. Tapi tu la kan..kuasa Allah sapa nak duga..Baby yang 1st kuar pada 26 May and dats from kakak ipar no 2. Jatuh pada tempat kedua ialah adik ipar yang bersalin secara pembedahan pada 30 May. Diikuti pulak dengan kakak ipar sulung yang give birth secara normal pada 31 May.

Yang macam orang tak betulnye aku la. Terkejar2 kesana kemari nak bawak mak aku pegi tengok sume menantu2 dia dapat baby...hahahahaha!!! Nasib baik la aku ni ala2 superwoman, at least takde la pancit!!

1st baby dari mak bernama Rafidah ialah seberat 2.7kg and its a boy. Ini adalah boy pertama dalam family abang aku sebab ketiga2 anak terdahulu dia sume girls. Happy kan main lagi abang aku tu. Baby ke2 lak adalah anak sulung kepada adik lelaki aku dan maknye bernama Norzairin and its a girl, seberat 3.3 kg. Wuiihhh...bulat giler anak si pendi tu. Dah la putih melepak, gebu macam kuih pau pulak..hehehehe...and baby ke3 dari kakak ipar sulung bernama Bahiyah pulak adalah seberat 3.25kg and the forth girl for my abang sulung. Hmm...belum rezeki nak dapat anak boy kot. Takpe la...yang penting sume2 babies tu sempurna, sihat dan takde masalah.

Nama2 babies ni dengar2 nye dah di cadang dari dalam perut lagi. Tak tau la kan, biasanye kita sebagai parents ni mesti dah shortlist kan beberapa nama sebelum baby tu lahir. So..ni la nama2 yang aku rasa derang confirm akan letak (agaknye la kan...)
Anak Rafidah : Amir Rayyan Mukhriz bin Amir
Anak Norzairin : Irdina Aliyah binti Efendi
Anak Bahiyah : Nur' Adlina binti Anuar

Gitu la cerite aku sepanjang bulan May ni. Sekarang ni boleh la aku concentrate lak pada keje2 aku sendiri. Pada bisnes aku yang semakin maju. Pada anak2 aku sendiri yang dah lama aku tak bermain2 sebab sebokkan anak orang lain (hahahahahaha!!!). Ingat nak bawak derang tu gi cuti la ujung minggu ni (maybe nak gi Terengganu or Johor). Tak tau la lagi..tengok keadaan. Kesian Ammar ngan Damia sejak ibu derang jadi superwoman bulan May ni hahahahaha!!!

Ok la ya..dats all for now...chowchinchow!!!