Thursday, March 26, 2009

Citer Pasal Kahwin










Assalamualaikum semua!!

Semalam kat rancangan "Ally" citer pasal poligami. Korang ada tengok tak? Best gak sebab tetamu jemputan dia ialah Salleh Yaakob iaitu artis yang aku minat sangat. Hahahaha...korang tau je la kalo dah si salleh yang kena jemput. Dah macam rancangan dia lak, yang penting keras perut aku gelak.

Kawin ni sbnrnya agak kompleks la citer dia kalau nak di bahaskan. Hanya orang2 yang telah melalui fasa perkahwinan je yang tau apa asam garam dalam rumahtangga ni. Bagi budak2 muda skang ni kawin bermakna dapat "projek" tanpa dosa. Itu je yang ada dalam pala hotak derang ni. Tapi bagi orang2 yang dah lalui proses perkahwinan ni, kawin sbnrnya skop dia sangat luas dan mendalam dan macam2 masalah ada. Kalau tanya aku sendiri la kan, kalau boleh la diputarkan masa...aku tak nak kawin!! hahaha...bunyinya macam menyesal kan, tapi bukan tu maksud aku. Bagi aku kalau boleh diputar masa, aku lebih prefer untuk solo dari jadi isteri. Bukan kata kawin ni tak seronok tapi bagi aku hidup lebih ceria masa solo dari duet!!
Berapa banyak pasangan berkahwin yang bermasalah dari yang bahagia? Aku rasa nisbah dia adalah 10:1 iaitu lebih banyak yang bermasalah dari bahagia. kenapa ek??? Banyaaaakkkkk sebabnya dek non oiii.

Macam Salleh Yaakob and wives..mereka ni mungkin antara manusia yang beruntung dalam hidup kerana dikurniakan kehidupan yang begitu dan hidup dalam rukun dan damai (walaupun maybe ada la terkehel here and there kan..takkan la cerah sentiasa!!). Tapi fikir2 balik, dalam rumahtangga yang bermasalah ni sbnrnya tak leh la nak tuding jari kat lelaki ke pompuan ke yang salah. Hakikatnya dua2 ada salah dan silap masing2 sebab dua2nya adalah manusia. Mana de manusia perfect kan. Its the matter how u manage the marriage yang buat relationship tu kekal, bermasalah, suam2 kuku, bahagia atau WAR!!! Sume manusia ni ada ego dan perangai pelik masing2 dan itu la yang membuatkan satu2 relationship tu berwarna warni.

Ramai lelaki di luar sana berharap agat mereka dapat jadi Salleh Yaakob tapi soalnya mampukan mereka menjadi dia? Hanya Salleh je yang tau macam mana nak handle 3 orang isteri sekaligus dalam keadaan aman dan damai dan tak ramai lelaki yang boleh buat cam tu. Kebanyakan citer yang kita dengar, bila seorang lelaki tu kawin lain...hahahaha...alamatnya bini tua tu jadi la orang tua kat umah mcm dah takde guna lagi, yang diulit siang malam adalah si muda bergetah tu...tunggu masa tuk jadi orang tua gak mcm 1st one. hehehehe....tu la iduppp..

Jadi...tepuk dada tanya selera...nak kawin ke tak?? Sedia tak nak share hidup dengan orang lain? Sedia tak nak mengadap perangai buruk dan baik pasangan tu? Sedia tak nak makan hati dan jantung? Sedia tak nak berperang? Sedia tak nak give and take?

Juz ask urself....

Wassalam...

Tuesday, March 24, 2009

SUMMER CAMP AMMAR HAZIQ





Assalamualaikum semua!!

Semalam Ady sindir aku. Dia kata "hmm...nampaknye takde la berupdate dah blog akak tu...". Aku cakap kat dia itu la bezanye orang bujang dengan orang dah berkeluarga ni. Macam dia boleh la citer macam2 kat blog dia sebab keje dia asik ke sana ke mari tah apa2 aktiviti dia. Yang ujung minggu lain, yang hari keje lain, mana la blog dia tak berseri2 berupdate dgn macam2 citer kan. Macam aku apa je la benda yang aku nak citer selain kisah aku ngan anak2. Aku bukan jenis suke berjalan ke, melepak kat shopping complex ke so ada takde pun aku citer la apa yang anak2 aku buat. Apa aku lak buat dengan derang ujung minggu n etc....

So, today aku nak citer tentang Ammar yang pegi summer camp kat Hulu Langat masa cuti skolah baru2 ni (19-21 March 2009). Summer camp tu was held kat MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat. Aku teruja sangat nak anta anak aku gi camp ni sebab aku dgr banyak kelebihan camp ni dari segi membina minda anak2, perisian dari segi kerohanian especially, macam mana nak bagi anak2 berdikari, how to build a children's personality and banyak lagi la. So, aku anta la si Ammar ni pegi dan aku harap sangat agar 3 days camp ni akan, kalau tak banyak pun sikit la...akan mengubah sikap dan perangai Ammar Haziq yang sangat terkenal dengan "kebrutalannye". Anak aku ni hyperactive sikit, susah nak kontrol perangai dia. Dia ni nakal yang tak hengat punye!!! But one thing good about him is dia ni ada sifat2 terpuji sebagai pemimpin. Kat sekolah dia pegang macam2 jawatan dalam gila2 dia. Dia la assistant monitor, dia la pengawas junior, dia la pengakap, dia la librarian, dia la budak kompang. Tak banyak sikit aku bangga la dengan dia. Tapi at d same time, ada sikit sedey juga... anak aku ni agak baran orangnye, sampai tahap gaban la dia punye baran.

Maka dengan itu la dia dihantar ke summer camp tu, dengan harapan dia akan berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, selepas 3 hari kat sana, bila balik umah tu, aku nampak la ada sikit perubahan dari segi perangai dia. Kalau dulu dia suka bentak2 aku kalau suruh solat, now dia ok sikit. Kalau dulu dia suka marah2 kalau suruh buat homework, skang dia ikut la jugak walaupun agak lambat feedbacknye...

Kat camp tu masa hari penutup, Dato' Dr Hasan Ali ada bagi ceramah tentang pentingnya kasih sayang dalam keluarga, tentang pentingnya kaedah PDC (peluk, dakap dan cium) terhadap anak2 (yang memang aku dah lama praktikkan kat anak2 aku yang 2 orang tu). Jugak betapa tak penting memberi handphone kepada anak2 yang masih bersekolah. Aku kagum bila dengar ke lapan8 anak dia sume berjaya ke universiti tanpa memewahkan mereka dengan kebendaan dan wang ringgit walaupun dia lebih dari mampu untuk buat cam tu. Tapi the most important of all ialah penekanan terhadap kepentingan bersolat, berzikir dan berselawat dalam keluarga. Masa kat sana kami semua (peserta dan ibubapa) menangis bila kami ramai2 berselawat dan berzikir berulang2 kali. Masa tu rasa syahdu sangat dan terasa betapa selama ni ada kalanya kita lalai dalam sesetengah perkara.

Aku cadangkan kat sini, bagi ibu bapa yang ada masalah dengan anak2 yang agak susah dikawal, elok la hantar derang kat camp2 macam ni sebab anda semua akan sedar sesetengah perkara yang tidak kita lakukan sebagai ibu bapa, patut kita lakukan sebelum terlambat dan sebelum anak2 kita terlalai dengan keduniaan.

Semoga semua peserta kem dan ibu bapa semua mendapat keberkatan dari apa yang telah di kongsi bersama pada hari tersebut. Aminnnnnnn......

Tuesday, March 17, 2009

Akademi Fantasia 7


Assalamualaikum sume!!!
First of all, aku nak kasi tau, tujuan aku pilih tajuk ni bukan la nak kutuk atau puji atau pape pun la on this topic. Its juz that aku terpanggil (cewah!!) untuk memperkatakan tentang topik ni since its on the hot list now (agaknye la...).
Akademi Fantasia is a big name ever since it was introduced 7 yrs ago. Satu rancangan realiti TV yang ratingnya sangat tinggi compared to other reality TVs.. Tak tau la tang mana yang hebat sangat AF ni sampai sume bebudak sampai la bapak2 dan mak2 budak sangat teruja untuk menyertainya (sejak AF start amik "remaja2 senja" as their students). Aku tak nampak ada bright future untuk bebudak AF ni bila the session ends. Yang aku nampak, untuk 6 AF yang terdahulu dan dah berapa ratus dah yang keluar dari AF, ada la beberapa nama yang boleh cari makan (tu pun aku rasa takat boleh survive je la, except for MAWI kot).
But still, masih gak la ramai yang sangat tergila2 nak masuk. Napa ek?? Bukan apa la, I juz think its a waste untuk mereka2 yang masuk ni memandangkan derang ni sume sbnrnya boleh do something much much better than joining this programme. Ini bukan bias tau, its juz a piece of an opinion... Mungkin la kot, ada parents yang nak anak2 derang mengulangi apa yang Mawi dah dapat before this. Tapi sama ada sedar atau tidak, Mawi aku kategorikan satu dalam seribu la. Bukan sebab dia sukses lepas kuar AF tapi sebab rezeki dia memang Allah dah tentukan. Cuba fikir balik, Prelude dah terkeluar dah, leh pulak masuk balik dan.....BOOM!!! Kaya raya mamat tu sekarang. But...after AF3 tu aku tak nampak dah juara2 lain mengulangi apa yang MAWI dah lalui. Korang setuju tak?? Yang aku nampak, bahang AF selepas musim ke3 tu semakin turun dan semakin suam2 kuku.
Tak tau kat mana silapnye, maybe orang dah tak rasa happening lagi AF ni kot. Becoz after Akademi Fantasia keluar, mcm cendawan tumbuh program2 realiti lain kat TV yang rata2nye sume mencari bakat dalam nyanyian. But in the end, derang ni bukan sumenye jadi penyanyi tapi end up with becoming actor/actress la, pengacara la, penyampai radio la. Aku umpamakan realiti TVsss ni sebagai stepping stones for these eager teenagers to grab opportunities dalam bidang entertainment ni. Alhamdulillah la for those yang sukses dan ada karier tetap tapi yang terpinggir tu, kesian kan... dah berapa ramai dah nama2 budak AF yang terdahulu ni tenggelam tanpa diketahui apa yang derang buat skrg. Bakat maybe ada, tapi peluang tu yang tah kat mana2. They have to really fight in order to survive in the industry.
End of story, aku bagi pendapat ni sebab orang dok sibuk sana sini cakap psl AF7 nikan. So aku pun nak nyibuk la skali. Anyway, pendapat masing2 la dalam hal ni. Lain padang lain belalang,
lain orang lain pendapat. As for me, ini la mind piece aku tentang AF ni. Korang??
Selamat Berjumpa lagi...adios for nowww!!!


Friday, March 13, 2009

What a Day...


Assalamualaikum sume..


First of all aku nak share citer yang anak aku Ammar Haziq dapat job buat photo shooting dengan Model Galaxies Agencies kat Taman Rimba Kiara, TTDI on Friday, 13 MArch 2009. Offer tu aku dapat masa 11/3 dan aku dah pun confirm dengan agency tu. So...arrangement dah dibuat tinggal tunggu hari je.

Lepas tu semalam, 12/3 Ammar balik skolah dalam pukul 6.50 tu dia bagi surat dari skolah stated that dia kena attend "Kursus Kepimpinan Pengawas 2009" on the same day as the photo shoot. Photo shoot tu kol 8.30 sampai 7 pm and the kursus tu dari kol 9am sampai kol 6.25pm. Hmm...aku dah serba salah dah. Camne nak buat ni eh. Dua2 komitmen nih. So..memikirkan kepentingan skolah lebih dari photo shoot tu, aku sms la kat agency tu bgtau yang Ammar cannot make it.

Dalam kol 12.05 am masa aku tgh sedap tido, Bos agency tu kol aku, bunyi dia agak marah gak la sebab sms yang aku anta earlier tu. Aku pun dengan suara yang pisat2 tu explain la kat dia the whole situation. Dia tk terima alasan aku sebab dia kata kalau Ammar tak turn up the next day for the photo shoot tu agency dia kena saman dengan client, and they have to bear at least thousands of dollars. Lagi la aku pening!! At last kata sepakat di perolehi (hahaha...skem nye bahasa), dia setuju sediakan satu surat dari agency menyatakan yang aku dan ammar dah bersetuju untuk photo shoot tu a day before ammar brought back the letter from school. Dan by hook or by crook Ammar kena gak pegi photo shoot tu.

Jadi, pagi2 tadi dalam kol 7 aku ngan Ammar pn bergerak la dari umah ke TTDI sebab nak mengelakkan jalan jem. Half way, hujan stat turun dah. Sesampainye aku kat Taman Rimba Kiara tu hujan makin lebat and aku tunggu sampai 8.30am. Yang aku bengang tu langsung takde makhluk2 yang kononnya akan buat photo shoot tu. Aku kol agency, napa takde orang lagi ni? Sebab menurut derang ada 4 kids involved in the session. Masa dok bertekak2 tu aku tgk jam dah pukul 9. Agency tu boleh pulak cakap, actually the location is not there tapi kat another park berdepan dengan skolah SMK TTDI. Mangkuk betul la !!! Ammar dan angin dah. Sbnrnya dia mmg dari mula tak nak pegi photo shoot ni sebab dia betul2 excited nak attend kursus kat skolah tu. Dia berdoa tak berhenti mintak hujan turun lebat2. Sebab, kalau hujan tak benti, confirm session tu akan batal dan dia leh la gi skolah.

Pukul 9.30 agency kol aku bgtau mmg tak leh nak buat shoot hari tu sebab hujan. Melompat si Ammar dalam keta. Terus dia gi seat belakang tukar baju skolah masa tu gak. Aku pun pecut macam nak gila ke KL nak anta dia gi skolah and the time was already 9.45. Seperti yang dijangka..jalan agak jem la.

Tapi alhamdulillah, aku manage gak la sampai skolah dalam kol 10.17. Trus aku anta dia jumpa guru bertugas mintak maaf (konon2, ada emergency case). Cikgu tu kata..."dah ammar, gi makan dulu kat kantin pas tu jumpa cikgu adi bgtau kamu dah sampai. Ammar dengan muka yang sungguh berseri2 salam and kiss aku...babai bu!!!

Aku pegi kat keta dalam keadaan yang angin dan exhausted sebab the whole nite lepas receive kol dari agency tu aku tak leh tido sampai pagi. Aku trus balik umah anta sume barang2 Ammar, rehat kejap. SMS dari agency masuk, apologising for what had happened and they will arrange for another appointment. Aku balas balik..."TQ but I'm no longer interested". Hahahahaha!!!

After half an hour kat umah, aku berangkat gi keje. Before that, aku singgah kat KL Central, gi Maybank, bank in duit untuk payment Summer Camp Ammar (19-21). Pas tu gi MC D, beli makanan tuk aku ngan ema (saja nak banje dia makan ari ni). Aku sampai ofs kol 12.40.

Tu la kisah aku ari ni....sori la kalau korang bosan baca. Tapi frankly speaking, mmg satu pengajaran buat aku hari ni. Next time aku takkan buat decision cam tu lagi especially kalau hari bersekolah... Trimas to all who read!!!

Chow chin chowwwww!!!

Wednesday, March 11, 2009

Rezeki Hari Rabu


Assalamualaikum semua. Saja nak share ngan korang, hari ni kat ofis GITN Annexe 2 ada orang belanja nasi lemak. Yang nak citer tu, dia order kat aku, huhu..aku kan tokey nasi lemak, hahahaha!!! Dia mintak kat aku nasi lemak letak telur goreng.
Tapi tu la, orang yang belanja tu tak kasi bagitau nama dia kalau ada sesapa yang tanya. Dia kata bagitau je..."itu adalah niat sedekah/hadiah dari I". Aminn...semoga murah rezeki orang tu ya...
Seperti yang aku jangka, ramai gak yang tanya aku sapa yang belanja zah?? huhu..demi memegang amanah orang tu, aku cakap je la apa yang dia suruh cakap tu. Aminnn....semoga lepas ni ramai lagi orang order kat aku. At least ada gak la duit poket aku kan (hehehe).
Anyway, harap sume berpuas hati dengan rasa nasi lemak tu eh..

Tuesday, March 10, 2009

Keampunan Dengan Menjawab Azan


Keampunan Dengan Menjawab Azan..."Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikan bagi menghormati seruan azan.Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku.Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya. Jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.""


video


Saja je nak share video ni dgn korang...enjoy!!

HARGA SEBUAH IMAN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
" DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT "


renung2kan la...

Jalan2 Umah Pendi..


Semalam kami sume gi umah adik aku kat Serdang Perdana. Dia jemput kami sume dtg umah dia sebab dia nak tunjuk skil masak dia. skang wife dia tgh pregnant, tu yang dia belaja masak tuh..huhu. dia masak udang masak lemak cili api (sedap la pulak), kobis goreng ngan fishball, ada la ikan goreng..hehehe


Tak sangka berkat tunjuk ajar dari mak aku beberapa bulan lepas, dia berjaya merealisasikan hasrat dia nak memasak. Aku kira salute la kat dia. tu la..bila aku fikir balik, sapa kata suami2 ni tak leh tolong bini kat dapur. Boleh je kalo nak...

Damia and her new bicycle


Ni la basikal baru Mia. Warna ijau. Actually aku ngan jef bercadang nak beli basikal untuk Ammar for his b'day tapi bila sampai kedai basikal tu, abah dia lak yang beria2 excited tengok basikal cantik2 kat situ. Last2 amik satu tuk Ammar and satu tuk Mia. Tak pasal2 minah kecik ni dapat basikal baru. skrg ni basikal lama dia dah bagi kat cousin. Ammar pn camtu gak. Dia derma basikal lama dia kat anak abang aku. Kopak la RM450 tuk dua2 basikal ni. hmmm...tapi takpe la. Yang penting anak2 gembira.

Birthday Ammar..


Last sunday aku buat majlis b'day anak aku Ammar Haziq yang ke 9. Majlis kecik je. Jemput abang2 aku and family derang. Jemput la cousin2 yang ada anak2 kecik tu.

Aku masak mee/bihun sup, aku buat pasta goreng (makaroni and fusolli), sardine roll and nugget. Takut gak tak abis sume makanan tuh sebab aku takut orang tk datang. End of d day.....licin sehhhh!!!

Kek yang Jef beli tu pun sedap gak..korang tgk la sendiri gambar kek tu eh. Dalam gambar ni ada aku, ammar ngan mia je..jef takde..gi beli ais, hahahaha!!! tu pasal la setiap kali aku bergambar dia takde, ade je keje yang dia kena buat. Tapi takpe la, yang penting birthday boynye ade kat sini.

Friday, March 6, 2009

Ema takde...bowingnyeeee


Hari ni Ema cuti..infact dari semalam dia dah cuti ponnn. Ofis senyap giler dia takde...hahahaha!!! Betapa bisingnya ema ....Kalau dia baca, mesti angin...but I know who ema is...Hari ni aku sorang2 kat ofis buat keje2 yang sbnrnya melambak tapi buat2 takde..huhu..

Mcm aku cakap kat tadi la, aku jelez ngan ady sbnrnye sebab hari2 keje dia asik update blog, citer macam2 kat situ. aku nak gak orang baca story life aku (yang boleh share la kan). tapi tu la, punye nak secret ngan ady, tercangak2 gak la aku nak meng"create" blog aku nih. Ye la, orang tua kan, mana reti benda2 cam ni. tapi demi membuktikan kat Ady yang aku pun leh ada blog sendiri...hahahaha!!! Hoi Ady!! here I come with my blog u know!!!

New Comer...

Alwizz tengok Ady update blog dia...jeles sehhhh!!! Now..here i come with my oldie blog..hahahaha!!! Life must go on...

New comer...


what to say as new comer uh...not much to story for now sebab tak tau nak tulis apa. Juz jeles ngan Ady yang tak abis2 update blog dia...so thought of having one..huhuhu