Tuesday, December 29, 2009

Outing at Sungkai Hot Spring

Salam sejahtera kepada sume kengkawan…

Sabtu 26 december lepas aku pegi Hot Spring kat Sungkai, Perak. Aku gerak 3 kereta. Aku gi dengan abang aku yang no 2 dgn family dia, adik lelaki aku ngan family dia, my mom, my sister and her boy fren and tidak dilupakan, my hubby and anak2 aku. Well…masa derang kata nak gi kolam air panas, terfikir kat otak aku, ape nak buat kat sana eh…takkan keje asik nak rendam kaki dengan masak telur je (tu kan aktiviti orang pegi kolam air panas…). Tapi since sume orang setuju nak pegi, aku pun on la.

Seawal 5 pagi aku bangun sebab tugas aku kena masak nasi lemak dengan bihun goring. So, bangun je pagi tu terus masuk dapur dengan mak. Siapkan bahan2 sume terus masak and setel sume pada pukul 7.30 pagi. Lepas tu kejut sume orang untuk bersiap sebab kami nak gerak pukul 9 am. By 8.30 sume orang yang sepatutnye pegi dah berkumpul kat umah mak aku and myself seperti biasa macam orang tak cukup tangan nak siapkan sume benda..hehehe…aku kan superwoman…

Kami gerak dalam kol 9.30 (terbabas sebab dok tunggu abang aku no 2 tu). Nasib baik traffic ok dan our journey was perfect. Dalam kol 11.30 cam tu kami sampai. Aku memang tak penah jejak situ tapi abg aku no 2 tu penah pegi. So, dengan confident nya bila sampai tu kami mengangkut la sume barang2 yang dah disiapkan tadi (I mean all the food and preparation sume la). Sampai kat entrance nak masuk tu…pak guard india kat situ boleh lak tahan kami kata, makanan tak leh bawak masuk, tikar tak leh bawak masuk, khemah tak leh bawak masuk…sengal betul la!! Aku bertekak la dengan dia, apsal lak tak leh..dia kata kena beli makanan kat dalam sebab takut orang buat sampah kat dalam. Aku kan degil…aku kata, kami ade bawak plastic sampah la…dia kata tak leh gak. Last2 mak aku kata, jangan la bertekak lagi, tak guna pun…so…terpaksa la kami sume berangkut keluar balik cari port nak makan. So, kami pi la bawah tempat duduk berhampiran home stay kat situ. Berkelah la kami anak beranak kat situ sampai kenyang. Lepas tu anta sume barang masuk kete. Kami cuma bawak barang2 yang perlu je untuk mandi manda kat dalam tu nanti.

Bila masuk kat dalam, ya ampunnnn…ramai gilezzz. Lepas tu kami cari port dan budak2 sume terus gi tukar baju mandi dengan tak sabar2 nye…huhuhu!! Termasuk la aku mak budak nih!! Lepas beraktiviti ape2 yang patut kat sana, kami gerak balik dalam kol 5.30 camtu. Budak2 sume kalau boleh tak nak keluar kolam!! Aku tengok muka derang sume dah macam tikus masuk air dah…kaki tangan sume dah putih je dengan kecut mecut nye!! Tapi pape pun, kami sume enjoy la kat sana walaupun cuaca yang kurang elok agak mengurangkan mood kami sebenarnya..mana taknye, kejap ujan kejap berenti kejap ujan balik.

Ape pun aku nak suggest kat tempat tu kan, hopefully derang boleh la upgrade sikit tempat tu supaya jaga kawasan tu dengan lebih cantik dan bersih lagi. Air kat kolam tu kebanyakannye berlumut sebab derang tak penah basuh kolam kot.They need to have a system to clean up the water so that takde la penyakit2 yang mungkin akan spread kat dalam air situ. Lagi satu, they have to be more flexible kepada pengunjung sebab kalau dah banyak sangat rules and regulations yang orang nak ikut, mungkin satu hari nanti takde sape dah nak pi situ.
Ape pun, kami satu family enjoy berada di situ dan yang penting kami spend masa kualiti kami dengan sebaik2nya.

Love for all...

Back Again...

Assalamualaikum sume!!

Ish ish ish…rasanye dah masuk 2 bulan dah aku tak update blog yang tah hape2 ni. Kalau nak kata takde masa tu tak jugak tapi kalau lak nak kata banyak masa pun tak gak. Kesimpulannye, aku leh kata aku takde mood nak “mengupdate”. Why? Mainly becoz aku tengah down sekarang ni. Why again? Hmm…so many things happen in so many months. All that happened need my full attention to resolve.

Ape pun, aku kembali untuk menceriakan blog aku ni sebab aku rasa aku hutang banyak sangat dengan Addy!! Hahahaha…Dy, baca blog ko kejap tadi buat akak rasa betapa ketinggalannya akak dalam berblog ni. U have so many to tell and to share but I have so many to keep and not to share…hmm…

Kalau nak ikut memang banyak giler nak citer tapi tu la…citer yang nak di story tu sangat la personal and I can’t go public about it. Ikut hati nak je luahkan sume kat sini so that ringan sikit beban hati dan kepala ni tapi…its juz toooooo personal…

Ape yang boleh aku share dengan korang ialah..andainya sekarang anda sume sedang berbahagia dan bergembira, keep it as long as u can becoz u juz can’t predict when it’ll go and stop. Would it come back or it’ll juz go and won’t come back…Kalau anda ade rumahtangga yang bahagia, Alhamdulillah dan peliharalah ia sebaik2nya dan andai ada sume ade anak2 yang comel dan membahagiakan, sayangilah mereka seolah2 hari ini adalah hari terakhir anda bersama mereka. Kesimpulan dari apa yang aku merapu ni…keep ur happiness as long as u live and don’t let go for whatever reasons…

Love for all…

Wednesday, October 14, 2009

Majlis Makan2












Salam dan hai sume!! Hari Ahad lepas aku ada buat majlis makan2 kat umah aku sebab nak jamu kawan2 ofis makan sempena hari raya ni. Ni sume kesinambungan dari entry “Open House” aku ari tu la…Alhamdulillah…sumenye berjalan lancar dan seperti yang dirancang.

Seawal jam 5 pagi aku bangun untuk mula memasak sume menu yang dah aku rancang seminggu sebelumnye. Nasi minyak dengan ayam masak merah, dalca dan acar rampai, spaghetti Bolognese, lontong dengan kuah lodeh, sambal ikan bilis dan kuah kacang, coklat kek dan agar2 pandan santan. Alhamdulillah, sumenye berjaya aku siapkan dalam masa 6 jam. Tima kasih gak kat mak aku yang menjadi pembantu setia aku dari jam 5 pagi tu…Tepat pukul 12.30 aku dah stat menghidang kat meja depan umah. Puas hati tengok sumenye tersedia dengan cantiknye..hehehe…maklumla kan, air tangan sendiri yang sediakan..
Tetamu pertama yang datang is Cip dan tunang tersayang, faridah. TQ so much cip for being my first guess. Pas tu berderet2 lagi la sume jemputan. Thanx to all yang sudi menjengah ke umah aku aritu ok!! Bagi yang tak dapat datang walau ape pun alasan korang, AKU MERAJUK TAU!! Mana taknye, bila aku senyap tak nak buat sume suruh buat…bila lak aku dah beria2 masak memacam, tak nak datang lak…
Tetamu terakhir aku datang pada pukul 9.30 malam!! Perghhh penatnye jangan citer la beb, aku dah lembik giler dah masa tu. Mana taknye, fikir gak esoknye dah lah kena keje lagi. Dengan dapur yang tunggang langgang, dengan rumah yang kena kemas lagi, dengan tetamu yang sampai ke malam tak abih lagi…Endingnye, kol 1 pagi sume siap. Maksud aku, siap berkemas, siap basuh pinggan mangkuk, siap alih khemah depan umah, siap segala2nye lah!!
Penat??? Gila tak penat??? Masa masuk tido malam tu memang kepala aku dah tuning tak nak gi keje dah sbnrnye. Tapi Alhamdulillah masa aku bangun pagi tu aku rasa agak segar gak la…penat masih ada lagi tapi rasanye can manage to get up and ready for office. So,gi je la keje cam biasa. Korang tau…dalam kol 10 pagi kat ofis…hah!! Amik kau…mengantuk tak hengat punye!! Badan dah rasa kebas semacam (overdose keje semalam neh!!). Tapi gagahkan gak wat keje sebab takkan nak mintak half day lakkan. Dah la semalamnye bos aku ada datang gak kat umah aku tu. Kang tak pasal2 je, mintak cuti sebab letih?? Tak payah!!
So, untuk sume kengkawan yang datang aritu, tima kasih sebab spend time korang untuk datang, really appreciate it…

ADIOS TO ALL!!

Friday, October 9, 2009

Open House di Hari Raya



Macam biasa…dalam bulan raya ni kita akan dengar sana sini orang buat open house or “rumah terbuka” (rumah bukan hari2 dibuka ke bila kita bukak pintu tu..heheh!!). Tapi walau apepun orang nak panggil benda tu aku still conclude kan yang rakyat Mesia ni masih lah rakyat yang berhati mulia kerana sanggup berhabis untuk menjamu orang lain makan sedap. Tah la ek…mcm dah jadi satu trend kat Mesia ni…orang tak nak datang umah kita untuk beraya kalau kita tak buat open house..camtu ke??

Yang buat aku cakap camtu kan..sebab…setiap kali kalau aku jemput orang..”datang la umah aku masa raya nanti”. The reply mesti camni “bila nak buat open house”?. Lorr…ape..kalo tak buat open house tu kira tak raya ke?? In away aku nampak open budaya open house ni tak berapa bagus sebab orang macam datang umah kita sebab nak makan sedap dan bukan kerana “kunjungan” tu sendiri. Aku sangat perasan benda ni sebab dari tahun ke tahun sedara mara yang datang ke rumah aku pada hari raya pertama dan kedua semakin berkurangan walaupun kadar kematian dalam keluarga sedara mara aku tak la tinggi (itu menunjukkan mereka masih alive kan??)…

Every year…it seems…family aku je yang masih mengamalkan budaya kunjung mengunjung sedara mara di pagi raya pertama dan kedua tu. Boleh kata sume umah2 wajib yang aku dok pagi dari zaman aku kecik2 dulu sampai la aku dah beranak pinak ni, habis aku pegi. Tak kira la masa aku datang tu sedara aku tu hidang ayam golek ke, sate ke, hatta hanya biskut kering sekalipun!! Ini adalah kerana sebab utama kita gi beraya tu kan untuk kunjungan dan eratkan tali silaturrahim sesame sedara mara. Ye la kan, bagi yang dah berkahwin mesti akan ada kewujudan hamba allah yang baru, maka kita perlu la pulak berkenalan dengan hamba allah yang baru wujud tu kan?? Ni tak…nanti masing2 (anak aku dengan anak tah sapa2 tu akan besar dan berjumpe. Mana tau…Tuhan nak tunjuk, tetiba bercintan cintun lak sesame mereka…hish…mintak simpang!! Kalo boleh ikatan persaudaraan ni biarlah kekal camtu, somehow aku ni jenis kurang setuju perkahwinan antara sedara ni…

Jadi…bagi umat2 Islam sekalian, korang jangan la berkunjung masa orang buat open house je..anggap la raya ni sebagai medium untuk kita merapatkan hubungan sesame kita dan bukan untuk makan sedap!! Tapi kan, walau apepun, aku respect la derang2 yang rajin buat open house ni sebab tak semua orang bersedia untuk kasi orang makan sedap tanpa bayaran!!...hahahaha!!!! no heart feeling la sesapa yang baca ni eh. Ni kan blog aku, kira pandangan peribadi dah la!!

Bagi kawan2 aku Addy, Kerul, Wan, Fauzan..bila tak buat soh buat bila dah buat lak sume tak nak datang…geramnyeeeeeeee!!!!!

ADIOS!!