Assalamualaikum semua!!
Semalam Ady sindir aku. Dia kata "hmm...nampaknye takde la berupdate dah blog akak tu...". Aku cakap kat dia itu la bezanye orang bujang dengan orang dah berkeluarga ni. Macam dia boleh la citer macam2 kat blog dia sebab keje dia asik ke sana ke mari tah apa2 aktiviti dia. Yang ujung minggu lain, yang hari keje lain, mana la blog dia tak berseri2 berupdate dgn macam2 citer kan. Macam aku apa je la benda yang aku nak citer selain kisah aku ngan anak2. Aku bukan jenis suke berjalan ke, melepak kat shopping complex ke so ada takde pun aku citer la apa yang anak2 aku buat. Apa aku lak buat dengan derang ujung minggu n etc....
So, today aku nak citer tentang Ammar yang pegi summer camp kat Hulu Langat masa cuti skolah baru2 ni (19-21 March 2009). Summer camp tu was held kat MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat. Aku teruja sangat nak anta anak aku gi camp ni sebab aku dgr banyak kelebihan camp ni dari segi membina minda anak2, perisian dari segi kerohanian especially, macam mana nak bagi anak2 berdikari, how to build a children's personality and banyak lagi la. So, aku anta la si Ammar ni pegi dan aku harap sangat agar 3 days camp ni akan, kalau tak banyak pun sikit la...akan mengubah sikap dan perangai Ammar Haziq yang sangat terkenal dengan "kebrutalannye". Anak aku ni hyperactive sikit, susah nak kontrol perangai dia. Dia ni nakal yang tak hengat punye!!! But one thing good about him is dia ni ada sifat2 terpuji sebagai pemimpin. Kat sekolah dia pegang macam2 jawatan dalam gila2 dia. Dia la assistant monitor, dia la pengawas junior, dia la pengakap, dia la librarian, dia la budak kompang. Tak banyak sikit aku bangga la dengan dia. Tapi at d same time, ada sikit sedey juga... anak aku ni agak baran orangnye, sampai tahap gaban la dia punye baran.
Maka dengan itu la dia dihantar ke summer camp tu, dengan harapan dia akan berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, selepas 3 hari kat sana, bila balik umah tu, aku nampak la ada sikit perubahan dari segi perangai dia. Kalau dulu dia suka bentak2 aku kalau suruh solat, now dia ok sikit. Kalau dulu dia suka marah2 kalau suruh buat homework, skang dia ikut la jugak walaupun agak lambat feedbacknye...
Kat camp tu masa hari penutup, Dato' Dr Hasan Ali ada bagi ceramah tentang pentingnya kasih sayang dalam keluarga, tentang pentingnya kaedah PDC (peluk, dakap dan cium) terhadap anak2 (yang memang aku dah lama praktikkan kat anak2 aku yang 2 orang tu). Jugak betapa tak penting memberi handphone kepada anak2 yang masih bersekolah. Aku kagum bila dengar ke lapan8 anak dia sume berjaya ke universiti tanpa memewahkan mereka dengan kebendaan dan wang ringgit walaupun dia lebih dari mampu untuk buat cam tu. Tapi the most important of all ialah penekanan terhadap kepentingan bersolat, berzikir dan berselawat dalam keluarga. Masa kat sana kami semua (peserta dan ibubapa) menangis bila kami ramai2 berselawat dan berzikir berulang2 kali. Masa tu rasa syahdu sangat dan terasa betapa selama ni ada kalanya kita lalai dalam sesetengah perkara.
Aku cadangkan kat sini, bagi ibu bapa yang ada masalah dengan anak2 yang agak susah dikawal, elok la hantar derang kat camp2 macam ni sebab anda semua akan sedar sesetengah perkara yang tidak kita lakukan sebagai ibu bapa, patut kita lakukan sebelum terlambat dan sebelum anak2 kita terlalai dengan keduniaan.
Semoga semua peserta kem dan ibu bapa semua mendapat keberkatan dari apa yang telah di kongsi bersama pada hari tersebut. Aminnnnnnn......
abis la kebrutalan ammar tue da takde...
ReplyDeletejadi anak dara je la kayaknye... hehehe.... ;p
anak laki mesti ade sifat brutal okay...
Abis la aady ko dah kene smbur ngn k.za...hehehe
ReplyDeleteKalau brutal jadi orang masa depan ok gak. Kalau brutal ada potensi jadi sesuatu yang lain...baik amik langkah keselamatan kan...
ReplyDelete