Thursday, March 26, 2009

Citer Pasal Kahwin










Assalamualaikum semua!!

Semalam kat rancangan "Ally" citer pasal poligami. Korang ada tengok tak? Best gak sebab tetamu jemputan dia ialah Salleh Yaakob iaitu artis yang aku minat sangat. Hahahaha...korang tau je la kalo dah si salleh yang kena jemput. Dah macam rancangan dia lak, yang penting keras perut aku gelak.

Kawin ni sbnrnya agak kompleks la citer dia kalau nak di bahaskan. Hanya orang2 yang telah melalui fasa perkahwinan je yang tau apa asam garam dalam rumahtangga ni. Bagi budak2 muda skang ni kawin bermakna dapat "projek" tanpa dosa. Itu je yang ada dalam pala hotak derang ni. Tapi bagi orang2 yang dah lalui proses perkahwinan ni, kawin sbnrnya skop dia sangat luas dan mendalam dan macam2 masalah ada. Kalau tanya aku sendiri la kan, kalau boleh la diputarkan masa...aku tak nak kawin!! hahaha...bunyinya macam menyesal kan, tapi bukan tu maksud aku. Bagi aku kalau boleh diputar masa, aku lebih prefer untuk solo dari jadi isteri. Bukan kata kawin ni tak seronok tapi bagi aku hidup lebih ceria masa solo dari duet!!
Berapa banyak pasangan berkahwin yang bermasalah dari yang bahagia? Aku rasa nisbah dia adalah 10:1 iaitu lebih banyak yang bermasalah dari bahagia. kenapa ek??? Banyaaaakkkkk sebabnya dek non oiii.

Macam Salleh Yaakob and wives..mereka ni mungkin antara manusia yang beruntung dalam hidup kerana dikurniakan kehidupan yang begitu dan hidup dalam rukun dan damai (walaupun maybe ada la terkehel here and there kan..takkan la cerah sentiasa!!). Tapi fikir2 balik, dalam rumahtangga yang bermasalah ni sbnrnya tak leh la nak tuding jari kat lelaki ke pompuan ke yang salah. Hakikatnya dua2 ada salah dan silap masing2 sebab dua2nya adalah manusia. Mana de manusia perfect kan. Its the matter how u manage the marriage yang buat relationship tu kekal, bermasalah, suam2 kuku, bahagia atau WAR!!! Sume manusia ni ada ego dan perangai pelik masing2 dan itu la yang membuatkan satu2 relationship tu berwarna warni.

Ramai lelaki di luar sana berharap agat mereka dapat jadi Salleh Yaakob tapi soalnya mampukan mereka menjadi dia? Hanya Salleh je yang tau macam mana nak handle 3 orang isteri sekaligus dalam keadaan aman dan damai dan tak ramai lelaki yang boleh buat cam tu. Kebanyakan citer yang kita dengar, bila seorang lelaki tu kawin lain...hahahaha...alamatnya bini tua tu jadi la orang tua kat umah mcm dah takde guna lagi, yang diulit siang malam adalah si muda bergetah tu...tunggu masa tuk jadi orang tua gak mcm 1st one. hehehehe....tu la iduppp..

Jadi...tepuk dada tanya selera...nak kawin ke tak?? Sedia tak nak share hidup dengan orang lain? Sedia tak nak mengadap perangai buruk dan baik pasangan tu? Sedia tak nak makan hati dan jantung? Sedia tak nak berperang? Sedia tak nak give and take?

Juz ask urself....

Wassalam...

9 comments:

  1. Wah..ujung2 post tu, bnyknye soalan...

    ReplyDelete
  2. Erm, kna tye sape2 yg nk kwin dlm tmpoh tdkat ni la..hehehe..

    ReplyDelete
  3. "lagi budak2 muda skang ni kawin bermakna dapat "projek" tanpa dosa. Itu je yang ada dalam pala hotak derang ni."

    xla semua pikir mcmni..ni xlwh la wat statement terlalu drastik mcmni..ade yg nk kawin dah rasa dia boleh jalankn tanggungjwb sebagai suami isteri..bkn sekadar seks semata2.

    ReplyDelete
  4. Jadi... tepuk dada tanya selera...

    Nak kawin ke tak?? - nakkkkkk !!!!

    Sedia tak nak share hidup dengan orang lain? - boley je asalkan org tue nak share idup gak...

    Sedia tak nak mengadap perangai buruk dan baik pasangan tu? - kalo tak buruk sangat, boleh tolerate lagi kan..

    Sedia tak nak makan hati dan jantung? - err.. ape nie ? makan jantung pisang ke ?? tak2x.. kalau makan hati da slalu sangat... even skarunk pun makan hait giler nie...

    Sedia tak nak berperang? - alwitz ready... hehehe... lawan tetap lawan punya...

    Sedia tak nak give and take? - sedia2x... sedia sangat....

    ReplyDelete
  5. slalunya pompuan la byk ngomel pas kawin..
    laki okey je...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Selalu pompuan salu ngomel pas kawin sebab yang menanggung akibat buruknya pompuan, bukan lelaki!! Laki ni apa tau..tau buat perangai je...pas tu buat bodo...

    ReplyDelete
  7. bkn semua laki mcmtu..xleh la salahkn semua lelaki kerana kesalahan seorang laki...itu xadil namanya...

    ReplyDelete