Macam biasa…dalam bulan raya ni kita akan dengar sana sini orang buat open house or “rumah terbuka” (rumah bukan hari2 dibuka ke bila kita bukak pintu tu..heheh!!). Tapi walau apepun orang nak panggil benda tu aku still conclude kan yang rakyat Mesia ni masih lah rakyat yang berhati mulia kerana sanggup berhabis untuk menjamu orang lain makan sedap. Tah la ek…mcm dah jadi satu trend kat Mesia ni…orang tak nak datang umah kita untuk beraya kalau kita tak buat open house..camtu ke??
Yang buat aku cakap camtu kan..sebab…setiap kali kalau aku jemput orang..”datang la umah aku masa raya nanti”. The reply mesti camni “bila nak buat open house”?. Lorr…ape..kalo tak buat open house tu kira tak raya ke?? In away aku nampak open budaya open house ni tak berapa bagus sebab orang macam datang umah kita sebab nak makan sedap dan bukan kerana “kunjungan” tu sendiri. Aku sangat perasan benda ni sebab dari tahun ke tahun sedara mara yang datang ke rumah aku pada hari raya pertama dan kedua semakin berkurangan walaupun kadar kematian dalam keluarga sedara mara aku tak la tinggi (itu menunjukkan mereka masih alive kan??)…
Every year…it seems…family aku je yang masih mengamalkan budaya kunjung mengunjung sedara mara di pagi raya pertama dan kedua tu. Boleh kata sume umah2 wajib yang aku dok pagi dari zaman aku kecik2 dulu sampai la aku dah beranak pinak ni, habis aku pegi. Tak kira la masa aku datang tu sedara aku tu hidang ayam golek ke, sate ke, hatta hanya biskut kering sekalipun!! Ini adalah kerana sebab utama kita gi beraya tu kan untuk kunjungan dan eratkan tali silaturrahim sesame sedara mara. Ye la kan, bagi yang dah berkahwin mesti akan ada kewujudan hamba allah yang baru, maka kita perlu la pulak berkenalan dengan hamba allah yang baru wujud tu kan?? Ni tak…nanti masing2 (anak aku dengan anak tah sapa2 tu akan besar dan berjumpe. Mana tau…Tuhan nak tunjuk, tetiba bercintan cintun lak sesame mereka…hish…mintak simpang!! Kalo boleh ikatan persaudaraan ni biarlah kekal camtu, somehow aku ni jenis kurang setuju perkahwinan antara sedara ni…
Jadi…bagi umat2 Islam sekalian, korang jangan la berkunjung masa orang buat open house je..anggap la raya ni sebagai medium untuk kita merapatkan hubungan sesame kita dan bukan untuk makan sedap!! Tapi kan, walau apepun, aku respect la derang2 yang rajin buat open house ni sebab tak semua orang bersedia untuk kasi orang makan sedap tanpa bayaran!!...hahahaha!!!! no heart feeling la sesapa yang baca ni eh. Ni kan blog aku, kira pandangan peribadi dah la!!
Bagi kawan2 aku Addy, Kerul, Wan, Fauzan..bila tak buat soh buat bila dah buat lak sume tak nak datang…geramnyeeeeeeee!!!!!
ADIOS!!
saya datang bebiler umah akak x kisah ker..
ReplyDeleteboleh je
ReplyDelete