Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

AJL - suka dan duka

Assalamualaikum...

Demam AJL 2010 dah berlalu. As usual, rumah siap pahat berbunyi..aku?? Ada la sikit keciwa dengan result sebab I really expected FT or Yuna could win any 3. Tapi ye la...sebab tu jugak kita bukan juri. Hanya juri 2 terpilih yang tau mana lagu yang terbaik atau terbagus. They evaluate songs according to many aspects. Kita?? Cuma tau dengar lagu tu sedap ke tak, boleh masuk halwa telinga ke tak...the rest..dun bother!!

Ana Rafalli...a sweet girl with a so so voice but full of spirits. Ok la...in a way...she deserve also to win after all the hard work. Cuma everytime AJL tiba, semua orang dah ada favourites sendiri in their minds. Tu yang timbul issue tak boleh terima, stress, frust and macam2 lagi la. As for me...hmm...secara peribadi, Yuna had shown a very matured performance and very entertaining too. FT...no question ok...he's superb!! Black another one, he should have won best vocal...but again, we are juz no one to judge.

Anyway, juz take everything easy and for fun. Yang penting, dorang yang menang, dorang yang kaya, dorang yang happy. Kita?? Hahahahaha...life goes on a usual.

Happy working allzzz...!! Muahssss!!!

Wednesday, December 30, 2009

Sunyinya ofis...

Salam...

Bosan giler gi keje minggu ni. Orang yang ada kat ofis tak sampai 15 orang. Memang dah jadi tradisi kat Malaysia ni kan. Bercuti panjang masa ujung tahun macam ni. Cuti lak tu macam la ujung tahun mcm ni gi keje dah tak penting. Atau pun dalam fikiran derang ni sume, cuti time macam ni tak mengurangkan atau melebihkan apa2 dalam company. Well..pendapat masing2 la agaknya.

Aku ni bukan la jeles. Memang la sebagai pekerja bertaraf leasing aku memang tak entitle pun cuti tahunan ni. But whatever it is, bagi aku, cuti ke tak ke aku tak kisah. Kengkadang kalau dapat pun aku cuti, bukan gi mana, ade je kat umah tu. Abis2 bawak anak aku yang 2 orang tu keluar jalan2. Bak kata mak aku, gi ukur shopping complex..hahahahaha!!!

So..aku end up bekerja pada hari ini di kala pukul 8.52am baru ade 5 orang yang datang keje!! Huh...what a day...tapi seronok gak bila ofis sunyi mcm ni. Rasa sket aman dari havoc situation yang selalu berlaku bila sume orang ada. Tak kesah la...keje pun keje la...

Love for all and happy working..

Tuesday, December 29, 2009

Outing at Sungkai Hot Spring

Salam sejahtera kepada sume kengkawan…

Sabtu 26 december lepas aku pegi Hot Spring kat Sungkai, Perak. Aku gerak 3 kereta. Aku gi dengan abang aku yang no 2 dgn family dia, adik lelaki aku ngan family dia, my mom, my sister and her boy fren and tidak dilupakan, my hubby and anak2 aku. Well…masa derang kata nak gi kolam air panas, terfikir kat otak aku, ape nak buat kat sana eh…takkan keje asik nak rendam kaki dengan masak telur je (tu kan aktiviti orang pegi kolam air panas…). Tapi since sume orang setuju nak pegi, aku pun on la.

Seawal 5 pagi aku bangun sebab tugas aku kena masak nasi lemak dengan bihun goring. So, bangun je pagi tu terus masuk dapur dengan mak. Siapkan bahan2 sume terus masak and setel sume pada pukul 7.30 pagi. Lepas tu kejut sume orang untuk bersiap sebab kami nak gerak pukul 9 am. By 8.30 sume orang yang sepatutnye pegi dah berkumpul kat umah mak aku and myself seperti biasa macam orang tak cukup tangan nak siapkan sume benda..hehehe…aku kan superwoman…

Kami gerak dalam kol 9.30 (terbabas sebab dok tunggu abang aku no 2 tu). Nasib baik traffic ok dan our journey was perfect. Dalam kol 11.30 cam tu kami sampai. Aku memang tak penah jejak situ tapi abg aku no 2 tu penah pegi. So, dengan confident nya bila sampai tu kami mengangkut la sume barang2 yang dah disiapkan tadi (I mean all the food and preparation sume la). Sampai kat entrance nak masuk tu…pak guard india kat situ boleh lak tahan kami kata, makanan tak leh bawak masuk, tikar tak leh bawak masuk, khemah tak leh bawak masuk…sengal betul la!! Aku bertekak la dengan dia, apsal lak tak leh..dia kata kena beli makanan kat dalam sebab takut orang buat sampah kat dalam. Aku kan degil…aku kata, kami ade bawak plastic sampah la…dia kata tak leh gak. Last2 mak aku kata, jangan la bertekak lagi, tak guna pun…so…terpaksa la kami sume berangkut keluar balik cari port nak makan. So, kami pi la bawah tempat duduk berhampiran home stay kat situ. Berkelah la kami anak beranak kat situ sampai kenyang. Lepas tu anta sume barang masuk kete. Kami cuma bawak barang2 yang perlu je untuk mandi manda kat dalam tu nanti.

Bila masuk kat dalam, ya ampunnnn…ramai gilezzz. Lepas tu kami cari port dan budak2 sume terus gi tukar baju mandi dengan tak sabar2 nye…huhuhu!! Termasuk la aku mak budak nih!! Lepas beraktiviti ape2 yang patut kat sana, kami gerak balik dalam kol 5.30 camtu. Budak2 sume kalau boleh tak nak keluar kolam!! Aku tengok muka derang sume dah macam tikus masuk air dah…kaki tangan sume dah putih je dengan kecut mecut nye!! Tapi pape pun, kami sume enjoy la kat sana walaupun cuaca yang kurang elok agak mengurangkan mood kami sebenarnya..mana taknye, kejap ujan kejap berenti kejap ujan balik.

Ape pun aku nak suggest kat tempat tu kan, hopefully derang boleh la upgrade sikit tempat tu supaya jaga kawasan tu dengan lebih cantik dan bersih lagi. Air kat kolam tu kebanyakannye berlumut sebab derang tak penah basuh kolam kot.They need to have a system to clean up the water so that takde la penyakit2 yang mungkin akan spread kat dalam air situ. Lagi satu, they have to be more flexible kepada pengunjung sebab kalau dah banyak sangat rules and regulations yang orang nak ikut, mungkin satu hari nanti takde sape dah nak pi situ.
Ape pun, kami satu family enjoy berada di situ dan yang penting kami spend masa kualiti kami dengan sebaik2nya.

Love for all...

Wednesday, July 1, 2009

Nak Happy ke Tak...??


Assalamualaikum sume!!!

Semalam tengah hari aku dapat kol dari agensi aku saying dat kontrak keje aku disambung sampai bulan September ni. Happy?? Perlu ke aku happy? Or should i feel sad? Entah. In one way....happy la sebab dis company masih memerlukan aku, but in another way, aku agak sad gak la sebab after being here for nearly 2 yrs and 7 months, aku masih taraf kontrak staff. Gile ape..lama tu!! Aku dapat rasakan la, sebenarnya kan company ni dah tak nak dah kat aku tapi for some reasons derang masih sambung this contract. Tak tau la for what reasons kan...tu aku rasa la....

Dengarnye lepas bulan September ni tak tau la apa lak nak jadi. Most probably abis kot kontrak keje tu, becoz from what i heard (hehehe...kat sini kan banyak langau yang berterbangan dan membawa perkhabaran baik dan buruk), mungkin takat tu je. Tapi kalau ye pun takat bulan 9 je aku kat sini, what can i do...tul tak kawan2?? At least boleh la dalam masa 3 bulan ni aku try to grab another job (tu pun kalo ade la yang sudi nak amik aku keje). Maklum la, umur2 dah senja ni orang tak pandang sangat dah to compare dengan bebudak muda yang baru kuar skolah ke, baru grad ke...no doubt la pengalaman keje aku banyak tapi still the competition is high.

Anyway, i believe dat somewhere out there, masih ade rezeki untuk aku. Maybe kalau jodoh aku dengan company ni tak panjang, still ade lagi la kot rezeki aku kt tempat lain...agaknye la kan..life will still go on selagi Allah masih bagi nyawa. Apa pun, aku tetap aku, happy forever!!

Semangat!!!

Monday, April 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME...








Hai sume..Assalamualaikum

Today is 13 of April 2009, maknenye dah 35 tahun dah aku hidup atas muka bumi Allah ni. Ish ish ish...tua dah aku nih!! Anyway, semoga aku akan menjadi insan yang semakin baik dan disukai (hik hik hik!!). Semoga impian aku yang macam2 ni akan tercapai gak one day. Semoga aku akan menjadi ibu yang semakin jelita dan disayangi oleh anak2ku (hahaha...poyo!!)

Semoga aku akan menjadi anak yang semakin disayangi oleh mak aku. 35 tahun dah hidup ni...apa ya pencapaian tertinggi aku dalam hidup?? Hmmm...apa eh...yang aku tau, dengan adanya 2 orang budak kecik kat umah tu (AMMAR DAN DAMIA), aku rasa hidup aku semakin bermakna dan dipenuhi. Semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan dan diberkati. Insya Allah..
Happy birthday Izah!!!

Thursday, April 9, 2009

Lambaian Kaabah



Assalamualaikum...

Semalam 8 April, ada sorang member aku berangkat ke Mekah menunaikan ibadah umrah. Huhuhu...sedey ar. Tau kenapa? Sebab sehari sblm dia pegi kami ada berborak kat YM. Dia luahkan macam2 kat aku. Pasal perasaan dia nak pegi ni. Pasal ketaksediaan dia nak menjengah bumi Mekah. Tentang ketakutan dia nak jejakkan kaki kat sana. Aku confront dia macam2 (macam la aku ni pandai sangat kan)..hehehe. Tapi sebagai kawan, aku coolkan perasaan dia. Faham2 je la, tempat yang dia nak pegi ni tempat yang menjadi idaman semua umat Islam (mampu tak mampu je yang membezakan sama ada kita boleh pegi kesana ke tak). InsyaAllah, kalau ade rezeki aku juga akan kesana suatu hari nanti.


Aku doakan semoga kawan aku tu selamat pergi dan selamat kembali. Semoga semua ibadah yang dilakukan disana akan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa. Aku jugak doakan semoga apa yang di pohon di sana akan dimakbulkan Allah s.w.t. Sebagai kawan, aku nak sangat tengok dia bahagia dengan kehidupan yang dia impi2kan.

Semoga juga, pada satu hari kelak, aku akan mendapat peluang menjejakkan kaki ke bumi Mekah. Insya Allah....