Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Ahad Yang Bosan...

Assalamualaikum...

Untuk org berkeluarga yang lain, hari Ahad sangat ditunggu2 sebab boleh spend time dgn family, outing and do all kinds of interesting activities. Me?? Huhuhu...kalo boleh pi keje ari ahad pun aku nak keje. So, disebabkan itu terpaksa la aku mensebokkan diri dengan xtvt kat umah. Bangun seawal 6.15 pagi di hari Ahad...OMG...hehehe...masak nasi lemak, prepare breakfast untuk satu umah. Gosok baju skolah anak2 yang mcm bukit tu...lenguh la tangan aku yang memang sedia bermasalah nih...haihhh....

Masuk kol 12 fikir lak nak masak ape untuk lunch...masuk petang sket, masuk dapur balik prepare untuk sarapan petang...bak kata salah sorang anak buah aku...hik hik!! Mesti untuk orang lain, xtvt aku ni bosan giler...dapur dapur dapur...dah takde tmpt lain ke nak dok dlm umah tu...hahahahahaha!! aku mmg mcm ni...aku tak suke kuar umah dan aku takde kawan. So, xtvt aku weekend is tido dan keje2 yang aku mention tadi la...

Nape aku tak suke kuar?? Hmm..first and foremost...keluar bermakna buang duit. Mana taknye, parking duit, toilet duit, makan duit, minum duit, jalan2 window shoping akan jadi door shopping...duit gak...kesimpulannye...dok umah rehat lagi bagus dan tenang fikiran aku. Kadang2 keluar ni serabut gak pala hotak aku walaupun anak2 aku yang serabut pala sebab ibu dia asik nak dok kat dapur..hahahahaha...nasib la kan...

Cumenye aku bukan la ibu yang kejam. Kadang2 once in a blue moon, aku akan bawak budak2 2 org tu kuar berjalan. Masa ni dorang nak beli apa pun aku ikut kan. Nak makan kepala gajah pun aku bawak..hahahaha...baikkan aku?? Bagi aku its juz not healthy to bring the kids out too frequent....environment kat luar bagi aku lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan...Bukan la kata tak boleh keluar, once a while maybe...but its not going to be my routine for weekends xtvt.

Pape pun...masing2 la...korang yang jadi mak bapaknye, korang la yang tentukan corak hidup mcm mana korang nak anak2 korang ikut. As for me...aku salu ikut pala aku bila buat sesuatu keputusan...asal tak terkeluar landasan yang betul...

Cheers to all...!!!

Tuesday, January 11, 2011

AJL - suka dan duka

Assalamualaikum...

Demam AJL 2010 dah berlalu. As usual, rumah siap pahat berbunyi..aku?? Ada la sikit keciwa dengan result sebab I really expected FT or Yuna could win any 3. Tapi ye la...sebab tu jugak kita bukan juri. Hanya juri 2 terpilih yang tau mana lagu yang terbaik atau terbagus. They evaluate songs according to many aspects. Kita?? Cuma tau dengar lagu tu sedap ke tak, boleh masuk halwa telinga ke tak...the rest..dun bother!!

Ana Rafalli...a sweet girl with a so so voice but full of spirits. Ok la...in a way...she deserve also to win after all the hard work. Cuma everytime AJL tiba, semua orang dah ada favourites sendiri in their minds. Tu yang timbul issue tak boleh terima, stress, frust and macam2 lagi la. As for me...hmm...secara peribadi, Yuna had shown a very matured performance and very entertaining too. FT...no question ok...he's superb!! Black another one, he should have won best vocal...but again, we are juz no one to judge.

Anyway, juz take everything easy and for fun. Yang penting, dorang yang menang, dorang yang kaya, dorang yang happy. Kita?? Hahahahaha...life goes on a usual.

Happy working allzzz...!! Muahssss!!!

Tuesday, December 29, 2009

Outing at Sungkai Hot Spring

Salam sejahtera kepada sume kengkawan…

Sabtu 26 december lepas aku pegi Hot Spring kat Sungkai, Perak. Aku gerak 3 kereta. Aku gi dengan abang aku yang no 2 dgn family dia, adik lelaki aku ngan family dia, my mom, my sister and her boy fren and tidak dilupakan, my hubby and anak2 aku. Well…masa derang kata nak gi kolam air panas, terfikir kat otak aku, ape nak buat kat sana eh…takkan keje asik nak rendam kaki dengan masak telur je (tu kan aktiviti orang pegi kolam air panas…). Tapi since sume orang setuju nak pegi, aku pun on la.

Seawal 5 pagi aku bangun sebab tugas aku kena masak nasi lemak dengan bihun goring. So, bangun je pagi tu terus masuk dapur dengan mak. Siapkan bahan2 sume terus masak and setel sume pada pukul 7.30 pagi. Lepas tu kejut sume orang untuk bersiap sebab kami nak gerak pukul 9 am. By 8.30 sume orang yang sepatutnye pegi dah berkumpul kat umah mak aku and myself seperti biasa macam orang tak cukup tangan nak siapkan sume benda..hehehe…aku kan superwoman…

Kami gerak dalam kol 9.30 (terbabas sebab dok tunggu abang aku no 2 tu). Nasib baik traffic ok dan our journey was perfect. Dalam kol 11.30 cam tu kami sampai. Aku memang tak penah jejak situ tapi abg aku no 2 tu penah pegi. So, dengan confident nya bila sampai tu kami mengangkut la sume barang2 yang dah disiapkan tadi (I mean all the food and preparation sume la). Sampai kat entrance nak masuk tu…pak guard india kat situ boleh lak tahan kami kata, makanan tak leh bawak masuk, tikar tak leh bawak masuk, khemah tak leh bawak masuk…sengal betul la!! Aku bertekak la dengan dia, apsal lak tak leh..dia kata kena beli makanan kat dalam sebab takut orang buat sampah kat dalam. Aku kan degil…aku kata, kami ade bawak plastic sampah la…dia kata tak leh gak. Last2 mak aku kata, jangan la bertekak lagi, tak guna pun…so…terpaksa la kami sume berangkut keluar balik cari port nak makan. So, kami pi la bawah tempat duduk berhampiran home stay kat situ. Berkelah la kami anak beranak kat situ sampai kenyang. Lepas tu anta sume barang masuk kete. Kami cuma bawak barang2 yang perlu je untuk mandi manda kat dalam tu nanti.

Bila masuk kat dalam, ya ampunnnn…ramai gilezzz. Lepas tu kami cari port dan budak2 sume terus gi tukar baju mandi dengan tak sabar2 nye…huhuhu!! Termasuk la aku mak budak nih!! Lepas beraktiviti ape2 yang patut kat sana, kami gerak balik dalam kol 5.30 camtu. Budak2 sume kalau boleh tak nak keluar kolam!! Aku tengok muka derang sume dah macam tikus masuk air dah…kaki tangan sume dah putih je dengan kecut mecut nye!! Tapi pape pun, kami sume enjoy la kat sana walaupun cuaca yang kurang elok agak mengurangkan mood kami sebenarnya..mana taknye, kejap ujan kejap berenti kejap ujan balik.

Ape pun aku nak suggest kat tempat tu kan, hopefully derang boleh la upgrade sikit tempat tu supaya jaga kawasan tu dengan lebih cantik dan bersih lagi. Air kat kolam tu kebanyakannye berlumut sebab derang tak penah basuh kolam kot.They need to have a system to clean up the water so that takde la penyakit2 yang mungkin akan spread kat dalam air situ. Lagi satu, they have to be more flexible kepada pengunjung sebab kalau dah banyak sangat rules and regulations yang orang nak ikut, mungkin satu hari nanti takde sape dah nak pi situ.
Ape pun, kami satu family enjoy berada di situ dan yang penting kami spend masa kualiti kami dengan sebaik2nya.

Love for all...

Friday, March 6, 2009

New Comer...

Alwizz tengok Ady update blog dia...jeles sehhhh!!! Now..here i come with my oldie blog..hahahaha!!! Life must go on...