Salam sejahtera kepada sume kengkawan…
Sabtu 26 december lepas aku pegi Hot Spring kat Sungkai, Perak. Aku gerak 3 kereta. Aku gi dengan abang aku yang no 2 dgn family dia, adik lelaki aku ngan family dia, my mom, my sister and her boy fren and tidak dilupakan, my hubby and anak2 aku. Well…masa derang kata nak gi kolam air panas, terfikir kat otak aku, ape nak buat kat sana eh…takkan keje asik nak rendam kaki dengan masak telur je (tu kan aktiviti orang pegi kolam air panas…). Tapi since sume orang setuju nak pegi, aku pun on la.
Seawal 5 pagi aku bangun sebab tugas aku kena masak nasi lemak dengan bihun goring. So, bangun je pagi tu terus masuk dapur dengan mak. Siapkan bahan2 sume terus masak and setel sume pada pukul 7.30 pagi. Lepas tu kejut sume orang untuk bersiap sebab kami nak gerak pukul 9 am. By 8.30 sume orang yang sepatutnye pegi dah berkumpul kat umah mak aku and myself seperti biasa macam orang tak cukup tangan nak siapkan sume benda..hehehe…aku kan superwoman…
Kami gerak dalam kol 9.30 (terbabas sebab dok tunggu abang aku no 2 tu). Nasib baik traffic ok dan our journey was perfect. Dalam kol 11.30 cam tu kami sampai. Aku memang tak penah jejak situ tapi abg aku no 2 tu penah pegi. So, dengan confident nya bila sampai tu kami mengangkut la sume barang2 yang dah disiapkan tadi (I mean all the food and preparation sume la). Sampai kat entrance nak masuk tu…pak guard india kat situ boleh lak tahan kami kata, makanan tak leh bawak masuk, tikar tak leh bawak masuk, khemah tak leh bawak masuk…sengal betul la!! Aku bertekak la dengan dia, apsal lak tak leh..dia kata kena beli makanan kat dalam sebab takut orang buat sampah kat dalam. Aku kan degil…aku kata, kami ade bawak plastic sampah la…dia kata tak leh gak. Last2 mak aku kata, jangan la bertekak lagi, tak guna pun…so…terpaksa la kami sume berangkut keluar balik cari port nak makan. So, kami pi la bawah tempat duduk berhampiran home stay kat situ. Berkelah la kami anak beranak kat situ sampai kenyang. Lepas tu anta sume barang masuk kete. Kami cuma bawak barang2 yang perlu je untuk mandi manda kat dalam tu nanti.
Bila masuk kat dalam, ya ampunnnn…ramai gilezzz. Lepas tu kami cari port dan budak2 sume terus gi tukar baju mandi dengan tak sabar2 nye…huhuhu!! Termasuk la aku mak budak nih!! Lepas beraktiviti ape2 yang patut kat sana, kami gerak balik dalam kol 5.30 camtu. Budak2 sume kalau boleh tak nak keluar kolam!! Aku tengok muka derang sume dah macam tikus masuk air dah…kaki tangan sume dah putih je dengan kecut mecut nye!! Tapi pape pun, kami sume enjoy la kat sana walaupun cuaca yang kurang elok agak mengurangkan mood kami sebenarnya..mana taknye, kejap ujan kejap berenti kejap ujan balik.
Ape pun aku nak suggest kat tempat tu kan, hopefully derang boleh la upgrade sikit tempat tu supaya jaga kawasan tu dengan lebih cantik dan bersih lagi. Air kat kolam tu kebanyakannye berlumut sebab derang tak penah basuh kolam kot.They need to have a system to clean up the water so that takde la penyakit2 yang mungkin akan spread kat dalam air situ. Lagi satu, they have to be more flexible kepada pengunjung sebab kalau dah banyak sangat rules and regulations yang orang nak ikut, mungkin satu hari nanti takde sape dah nak pi situ.
Ape pun, kami satu family enjoy berada di situ dan yang penting kami spend masa kualiti kami dengan sebaik2nya.
Love for all...